Saturday, March 26, 2011

Selamat datang ke blog saya

Saya Normali binti Mohd Ali. Seorang guru yang sedang menyambung pengajian  secara separuh masa dalam program Sarjana Pendidikan Kimia. Ini adalah blog pertama yang saya berjaya hasilkan setelah berhempas pulas mempelajari teknik-teknik menghasilkan blog semasa mengikuti kursus ICT dalam Pendidikan Sains dengan bimbingan pensyarah kursus, Dr Sadiah. Diharap dengan kehadiran blog ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari maklumat yang ingini serta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sains khususnya kimia.


Wednesday, March 2, 2011

National Science Education Philosophy


In consonance with the National Education Philosophy, science education in Malaysia nurtures a science and technology culture by focusing on the development of individuals who are competitive, dynamic, robust and resilient and able to master scientific knowledge and technological competency.



Falsafah Pendidikan Sains Negara

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

National Philosophy of Education

Education in Malaysia is an on-going effort towards further developing the potential of individuals in a holistic and integrated manner, so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving a high level of personal well-being as well as being able to contribute to the betterment of the family, society and the nation at large.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

LAMAN UTAMA